Monday, February 26, 2018

LAST WEEKEND, I ATTEND 2 KENDURI AQIQAH ...

1 comment :

Assalamualaikum.

Wow sistem ep skrang, mcm nak meletop dada kak elo dibuatnya!
Siap kluar paper, ubat tak cukup sebab ep sistem pnya hal. silalah jawab ye.
kakak tak larat dah nak meratap meraung. 
Lagipon takleh cete lebih2 pasal masalah ni kat public.
kang ada yg kak elo kena transfer p hospital orang asli within 24hrs! takuitt! huhu.
eh btw, u bagi i stress lite2 dah la naaaa.. huhuh.

:: petang Jumaat, balik keje kami p Alamanda. Suami nak p Coach.. nak tgk pouch dia... sempat la i jeling2 compare price dgn harga my PS... uish tak kuat iman, mmg terembat jg seketul handbag.. pakai duit I pun takpe, janji jadi. hahahha. tapi xpela, ada seketul dah nak buat pakai raya. udah2 la kan.. i ni jenis rakyat marhaen..kalau pakai ori Prada pun belum tentu org percaya i pakai hat ori. eh lantakkan persepsi orang ye. kita hidup dah nak masuk umur 40tawon ni..mmg akan sampai satu tahap.. dah pandai nak demand nak authentic hbag..kasut pun kalau boleh nak elok2..sedap kaki walau mahal sikit.. makeup pun dah xnak hat yg pasar malam. tudung, baju smua nak yg helllok2. sbb faktor usia ye anak2. bkn kita tak pernah muda ye dak? dah lalui fasa beli apa je, janji cantik.. pasar malam mari..petaling street copy. tadek hal. semua dah rasa..tu i kata..sampai 1 masa, mmg kita sndiri ada keinginan ke arah mcmtu..dgn keadaan ekonomi dah makin stable, handbag nak yg designer je.. branded item bla bla.. tak kisah kalau org tetap rasa apa kita pakai tu fake or copy ori...janji kita yg tau.and kita puassss.nak2 pakai duit sndiri.. perkhh orgasma berganda ols!!! tak men laa beli jam anak rolex sampai RM19k, tapi sah2 kita tau pakai duit suami. opss termengata eina azman plak.. oo wanna be 'onion auntie' mehh?? huhu ::

:: ni lepak kat Black canyon alamanda. Kalau mai sini, slalu lepak sini je la pun... sbb i terlampau mencintai kopi beliauuu! ::

:: ni black canyon kopi RM10 je kou! tapi ya allah ya rabbi ya kareeemm, sedappppp sangat2! coffe bean, starbuck etc mmg takleh celen! sukati i lah nak rate beliau sampai tahap tertinggi mcm ni kan? tembolok i kot kan??? heheheh ::

:: ni sabtu pagi, pergi kelas haji..syhhhhhhh tayah kecoh ye, kakak repeat pakai tudung smlm. hahahha. buruk pangai?? do i care??? hahaha. wangii lagi kot tudung i..perfume smbur nak suku botol.. aterr nak basuh pun sayang... lagipun i fikir takat nak p kelas haji je.malas nak iron tudung.. tambah perfume sket lagi..siap!! ::

:: sekali suami i ajak straight away pergi kenduri aqiqah anak ina(my colleagues). sbb cuaca sangat panas, malas dia nak berpatah2 balik salin baju etc.. amekawww dgn baju p kelas haji tu i p kenduri.. sebaik kena tema aqiqah dgn jubah. giler selekah kak elo koang! hahaha eh lantakkan, i bukan pengantin. ni minah montek embom2 ni ha pengantin aritu.. nur syafina zahra... elok molek je mood dia aritu... ::

:: ni pic masa kena berendoi. i sampai, geng2 marbahan tgh berzanji bagai. i duduk tepi2 saja dengar... elok plak minah debot tu senyap je dlm buai.sekali dua je dia ter'ek-ek'.. good girl fina! nnt auntie ecah bagi doll eh.. tq ina n zul for having us. makan pun sedap2.. door gift kemain byk.. dgn puluit rendang bagai.. tq2! ::

:: ptg tu pulak p kenduri aqiqah anak kazen kat kajang. i ingat ari ahad, rupanya sabtu ptg tu jg.... the best part p kenduri umah pakcik makcik, dapat together2 dgn sedara mara yg jaranggg2 jmpe! cuaca time ni kemain berdenting2 kepanasannnnn. menggeletik2 kami masuk dlm umah on semua kipas..atas bawah tepi depan belakang,semua ada kipas! huaaa. time ni sempat balik mandi salin baju. kalau tak, mendapatlah berbungkus dgn jubah goboh dgn panasss melahar2.. ::

Masa kat kenduri pakcik kajang ni, jmpe my kazen Siti....
Siti ni suami dia baru meninggal dalam bulan 12, excident motor kat Highway tapah.
Dia ada anak kecik umur dalam 8-9mths..nama Siti Aisyah.
Ya allah bambam nyaaaa....tgk muka dia i jadi terlalu sedihh.
i dokong dia culik bawa masuk dalam rumah pakcik I..
sbb mak dia nak makan... i peluk2 cium2.. sian dia kan?
tak sempat kenal ayah dia....
Pnya dompot si cacah tu, sampai naik krem2 tgn i dokong.
I tak tau mana datang kekuatan i  leh steady dokong dia lama2.
I ni kan skrang tak berapa nak kuat, kaki..tangan... 
mgkin bila tgk muka dia, rasa sebakk macammana tah ... 
nnt lah sebelum puasa, i nak spend time dgn my kazen and anak2 dia yg 5 orang tu.
the eldest baru darjah 3... 
bawa p makan ke, beli kan barang2... nak puasa ni lagi lah dia terasa kan??
I tak tau la kalau i yg ada kat tempat dia.
Anak 5 orang kecik2. ni silih berganti demam-elok-demam-elok.
Satu hari kita pasti akan kehilangan org yg tersayang.
tak mereka pergi dulu, kita yg akan tinggalkan mereka dulu kan???
macamanalah keadaan kita time tu kan??
Ya allah nak fikir pun tak mampu.. huaaaa


.: NO HATE JUST LOVE  💋:.


Friday, February 23, 2018

SAMBAL NASEB + CERITA MEJA LIPAT IKEA...

3 comments :

Assalamualaikum.

Menyampai jg ke hari Jumaat ye...
Alhamdulillah mggu ni i keje full seminggu.
Bergelar 'orang sakit' ni, mmg cantekk sgt kalau dpt datang kerja penuh smggu.
Cuma rabu aritu i halfday sbb i migraine teruk. 
Sampai skrang sbnrnya demam i on off.
I dapat demam serentak sama dengan suami.
Tapi dia dah recovered.
I je terhegeh2 demam lagi... being org sakit mcm i..
immunity badan pun tak berapa OK.. mmg lambat nak kebah kalau demam/sakit.
selsema ni pun masih non stop. 
Budak2 office ni, bebuluuu je i sekejap2 sroot srooot..
i nak produce 'cendol' pun kecoh depa tu kan.. huhuh..
Jap lagi rehat pjg, i nak balik umah mak kejap. 
rindu sudahh sama depa semuaaaa...

:: Ni lauk semalam. I gabung kan terus sotong dengan udang menjadi satu! gittchoo.Terus i bagi nama beliau "sambal naseb". miahahhhaa. ni tempias si hannan khaira la..Dok rendang naseb,rendang naseb. To those yang tak follow cete "kekasih paksa rela" drama pakcik-makcik tu.. rendang naseb ni rendang campur2 organ dalaman lembu.. ada hati, paru limpa. So sapa yg makan tu naseb2 la dapat hati ke limpa ke..or dpt seredak rendang je ke..huhu.Berbalik pasal sambal naseb i ni.. naseb2 la dpt sotong ke, udang ke, bawang je ke? kalau naseb kau agak malang, dapat sambal je la.. sekian. hahhahah.smlm i up telur masin..bancuh sarsi sejuk2.  settle our dinner! nyumss ::

:: ehem lomentik tak lampu gini?? huhu. malam tadi tuk pertama kali selepas hampir 3 tahun, suami I  pasang lampu build-in tv cabinet ni. Yup! after 3years! hahahha. selama arini tak perasan pun ada lampu tu.. Mmg tau kewujudan dia, tapi terlupa! hahahha. rumah i pnya pesen lampu, smua kaler putih. terang benderang. Mmg serabut,semak lampu malap2 ni. Tapi mlm td mood malam jumaat (ek eh??) ON tu yg tiba2 laki I teringat nak ON lampu kabinet tu haaa..  i minta suami tukar kaler light blue mentol dia..baru nmpk fresh and tenang sket kot kan?? ::

:: btw takde makna nya 'malam2 jumaat' story nooo.. nmpk tu dok layan beskut lemak cecah VICO ngadap cete si Aqilah-Rayyan tu haaa.. huhu. meja putih comel tu suami i beli kat Ikea..murah je tak salah i dalam RM29.90 ke RM39.90...  senang, ringan..boleh lipat2.. skrang jadi tempat letak kotak tissue i(selsema).. nnt dah tak guna, lipat simpan stor... sebab coffe table i besar gabak & berat nak mampos! tu yg i letak pokok paku pakis tu atas meja berat tu lah!  susah nak tarik ke tepi ke tengah. mmg betul lah kot kan...barang2 kat IKEA ni mmg user-friendly... senang nak handle...  i ada 1 lagi meja kopi yg sederhana berat.. letak kat hall atas. tu kalau ada tetamu, suami i gagah la angkut bawa turun..::

Weekend ni ada 2 kenduri aqiqah...
sabtu ,Ina my colleagues..
ahad anak my cousin kat kajang je.
So weeknd ni plan nak duk umah.. 
tu yg rehat ni balik Ampang jap.
I bukan bolehhhh, smggu tak p cium ketiak mak..rasa tak lengkap hidup ni.
eyyyewwwww..

Happy weekend ye ols...

.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.

Monday, February 19, 2018

BALIK MELAKA, FATEHAH PAKNDAK KAWEN...

No comments :

Assalamualaikum.

Semalam, kami satu family balik Tg Bidara Melaka(kampung ayah).
Attend kenduri kawen my kazen; Fatehah anak PakNdak(abang ayah).
Cuti CNY jumaat aritu mmg i stay kat umah mak.
Duduk-makan-tidur-bersembang-bergurau. tu je keje nya!
Pagi Jumaat singgah umah MIL kejap. then terus p umah mak.
Sabtu hafiz(papa auni) buat doa selamat simple2 merangkap housewarming.
Mama azizah(mama auni)minta i tlg beli kan cake tuk belated bufday papa nya 13/2. 
So lepas makan2 kat umah hafiz, i ajak suami balik Kajang since i felt so dizzy.
Demam dari mggu lepas tak berapa kebah. On & off alternately. 
Budak2 tu pakkal ramai org datang rumah.
If not, mmg mengekor i balik kajang skali i syak tu.
Balik dari rumah depa pun, slowly kami masuk kete terus zupppp.
As per i expected, malam tu auni kalau i tadek umah mak..
mana mau dia tidur sana unless with her mama or papa.
So dia pun ikut mak depa balik TMJ(taman mulia jaya). 
Tak tau mcmmana nak story rapatnya kak nam tu dgn I...
sampai kdg2, i suh dia masuk dlm perut I ..then biar i beranakkan dia semula.
hahahhaha. kang sekejap2 "nak ciknyah" nak ciknyah...
dia kalau tidur dgn I, mmg panyah kena turun pangkat tidur bawah(bentang tilam single).
tapi katil bilik i kat umah mak tu rendah je divan dia..
so i tidur tengah2... kanan i , auni.
kiri i tilam suami I..
skjp kang i popok auni. skjp pastu i bobok suami i plak.
see, walau i tak beranak..Allah bagi jg i chance rasa mcmana jaga anak kan?
so, mmg i tak pernah berburuk sangka dgn taqdir Allah.
I redha 100%. Insyaallah ameen. 

Ok dah nampak melalut cerita dia dah kemana? hahahha.

:: So pagi Ahad, 2 kereta gerak dari umah Ampang. I & husband dari Kajang and tggu depa kat R&R Nilai.  Bfast sana skali. Ikut I..mmg tak suka makan kat R&R, tak menarik! tapi since cuti CNY pjg ni tak berani plak nak main redah kedai2 kg sepanjang2 jalan tu..takut mengharap, pastu katup.acane? i bawa atuk nenek..and budak2.kalau i berdua takpe lagi kan? So settled kat R&R nilai je la.alas2 perut.. pastu shoot terus p masjid tg bidara. Majlis nikah kat sana..::

:: aqad nikah kat dalam masjid. Since i bendera jepun, mari lah kita duk di tepian gantang masjid sahaja.. pic ni auni yg snap. not bad! ::

:: BIL i yg comel lote tu pun piyed mangkali.. :p hahahhha. Dari tingkap berjeriji tu kami intai jg.. 2x aqadnya! Alhamdulillah selesai jadi wife orang dah teha.. teha ni belajar lagi kat UPSI..  suami dia ni takut dikebas orang la kot , cepat2 la depa menikah.. ::

:: kesayanganssss::

:: dah selesai nikah, terus p dewan japerun... majlis resepsi kat sini.. sampai2 terus makan. ada roti canai org tebar panas2, i shoot roti canai je. sbb tekak tak sedap lagi..::

:: big bradah!! ::

:: pelamin.. ::

:: kepantin baru..::

Nak habaq cuaca panaihh lit2 ampa taww kat melaka nuunnnn.
memang berkuah kuap ketiak sekor2!
rasa nak tanggal tudung pun ada.
Kami pnya tak tahan, sampai masuk dalam kete ON ekon kuat2.
I tgk kete sebelah2 pun ada je org bawa anak masuk dlm kete. hahah.
sbb dewan dia tadek ekon. mmg melahar2... 
menitis2 peluh takleh nak kata apa dah!
Sebaik ayah tanak stay lama..
Kol 1pm kami gerak balik KL dah!
sian budak2, nak singgah pantai(pengkalan balak).
celah mana nak sggah nak oiiii.. cuaca sangat tidak bersahabat baik dgn kita.
kang ada yg sawan haba kat tgh2 org ramai tu kang.
dah la i perati kete berjujut2 keluar masuk kat area pantai sana.
Idok laa..moh la kita masuk kete! On kete kuat2!
Otw balik tu pulak, start tol Pedas tu, dah jem!
terus suami exit senawang, lalu LEKAS.
Alhamdulillah sempat solat dzuhur kat rumah.
Masing2 mmg berusaha sampai rumah , solat kat rumah.
sebab nak balik mandi dulu..badan dah belengas!

Bila sesekali balik kampung.
Rindu memang bertandang .. kenangan zaman kanak2 mmg bermain2 kat birai mata.
Mana kazen yg kita rapat? gelak tawa arwah tok nenek.
mak2 sedara yg mengusik.
Sekarang semua dah lainnnn!
dah hilang dimamah masa dan usia.
kalau jmpe pun setakat bertanya kabar ..pastu kdg sampai hilang kata2,
pnya kekok tak reti nak borak apa.
padahal kazen tu la masa kecik kita pnya close tahap lupa mak bapak.
Kalau balik kg je, terus tuju rumah depa.
Makan, mandi tidur mesti nak ber-geng.

k la geng dapat update sikit ni je la dulu.
kepala berdengung dah ni.
Almost smggu juga neh demam tah hapa2 ni.

pray for my recovery yea..


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.



Wednesday, February 14, 2018

KOANG.... SEMALAM KAK ELO DEMAM.....

No comments :

Assalamualaikum.

Semalam I MC sehari.

Sbb demam dari petang Isnin.
Ptg Isnin tu tekak dah rasa perit2..berpasir!
Sampai umah, mandi2, lepas solat terus Zzzzzz.
Bangun pagi, mulut rasa takleh buka.
tekak sakit yakmat!.. badan toksah kabor la.
bkn takat dedar. ni takat didih dah ni! 
Suami rasa2 dahi and muka, "sambung la tidur sayang, jap lg kita p klinik".
i tak sempat nak fikir kerja byk ke apa.yg i tau..i nak sambung tidur.
Sbb tidur malam tu meresah. sat2 i terjaga.. 
sat2 rasa nak off aircond, skjp kang tolak balik gebor!
tak tentu arah!

:: struggle snap pic muka yang paling 'innocent look' gittcheww. hahhaha. i mmg bkn sejenis pemekap ye.. so takde apa yg pelik pun dgn 'naked face' or what-so-called lah. sbb mmg mcmni je lah rupa i p keje.. cuma, kalau p keje, ada la bedak sket..n litik pastel kaler..thats it! Then, p klinik dok check kerongkok.. osah bengkak.. sore throat, fever, mild flu, migrain.complete package! dapat MC sehari... jadi laaaa... balik,suami bawa p bfast kat Ummiza cafe. Makan nasi terus. Sedappnyaaa lahaii masakan dia! arini dapat sembang ngan Ain(anak owner kedai).. and dapat jmpe mama dia skali. Mama tu MIL Ain..dia yg masak semua. Koang kalau ada area2 jenderam,bangi,sepang sana..try la atleast once kat Ummiza cafe sana. waze je k! lauk dia mmg mcm mak2 kita masak! sumpah wallah, i tak tifuuu! ::

Dah bfast balik umah..makan ubat n rest...
mati kutu jg rupanya kalau tak keje ni kan??
abis dah smua channel Astro gua geledah. 
finally ajak suami p lunch kat kfc.. makan golden egg..
ala ayam salut telur masin tu lah.
bkn makan sgt pun tekak sakit.
sebok nak kerja kan MUG rutbir dia tu la..
tekak sakit lagi minum ais?? eh tu biasaaa...
pesen budak degil,tak makan saman! huhu.
Balik dari KFC, gelupur masuk umah on aircond.
Semalam pnya fanasss ya allahhh ya rabbi..
kalau sidai baju mau 10min je dah meresik kering baju tu!
Syukur Alhamdulillah rumah ada aircond.
Macammana lah kan andaikan tak pasang ekon?? sgguh takle bayang dah ni.
Sbb rumah teres mcm kami tu, bkn rumah tepi..
Angin bkn dapat masuk sgt pun..
teringat zaman kecik2 rumah xde ekon..kipas pun takat kipas siling.
Kalau panas melahar mcmni, sekejap2 kang dengar air kolah org ceduk.. 
kang sekor2 p mandi, kalau boleh badan nak basah je 44 jam..hehehe
Dah besar2 ni baru mampu pasang ekon tuk bilik2 kat umah mak.
4 out of 5 bilik umah mak dh ada ekon.
Syukur mak ayah, adik2 makin selesa.
Tggal nak pasang ekon kat hall je... kena cari yg 2.0 and above hose power.
sbb ruangtamu umah mak, agak lapang..
kalau pasang HP kecik, tak berapa rasa..
kalau boleh nak complete kan bilik mak dgn macam2.
Supaya mak ayah selesa nyaman duk dalam bilik.
Skrang mak ayah solat pun dah pandai solat dlm bilik je.
Kalau tak dulu, di bentangnya sejadah depan tv...
saja cari pasal tanak bagi kami tgk tv..
dia nak suh kami solat cepat! hahahhha.

:: masuk pukul 5pm, badan i rasa kurang dedar dah... suami p lap kete2 kat luar...pastu dia hint2 kata 'sedap ni kalau dapat cekodok'. eeee geram je dgr...sbb kita kan tgh demam.walau dia gurau2, tapi bila dah sebut2 kita jadi tak sedap hati lah kan??? masa dia p jogging, pelan2 lah kita bgn bancuh cekodok... masuk ikan bilis, bawang dgn kentang.. goreng lembut2 then cicah dgn sos cili lingham's ni haa.. sodapp!! jgn khuatir ye..lingham's ni ada tanda HALAL from jakim. Insyaallah ::

:: pssssttt nampak cincin Naagin gua tu??hhahahha. jumaat lepas masa kluar lunch dgn anak2 hayam ni ha.. kami berpecah. i bkn ada benda nak cari pun. abis semua kedai i masuk! last2 tersangkut cincin mak sudin ni haa kat Lovisa. test2 eh mcm ok jg ni.. cincin dalam RM52.00 je, hahhaha. Bolehhh laaaa layan bawa p kenurik kawen ke, sbb cincin2 omeh den semua dah ketat2 kau!! giler membesar bagai johan jari..tgk pun tau! kalau penampau org ni, mau koma 44hari org tu! hhhahaha. takpela, untung nya jari lebau ni..dapat cincin besau..cincin besau, emas pun byk sket kan kan kan? *positif2* hahhaha::

Ok la .. kak elo nak p solat dah.
Skrang takleh solat zuhur on time mcm dulu..
sbb staff laki dah tumpang solat kat surau kami.
Since masjid HKL ni kan dah kena roboh sbb nak bina baru.
Makanya kna tggu onglaki selesai solat dulu, baru kami plak.
Cete bab keje...
Alhamdulillah dah makin boleh adopt dgn sistem baru ni haa..
Walau bykkkk dan masih ada problem here n there...
at last makin nampak apa keBESTan sistem ep baharu ni!
Badan ada rasa dedar2 lagi..tekak masih perit.
tapi kena mai keje jg la kan??? awal2 tahun ni takleh la mc lama2.
and kena meraikan nikmat sihat ni dgn pnuh kesyukuran.
Kang asyik2 mc sebut2 sakit, Allah bagi sakit betul2 ..baru nak pi tahu!

Kak elo calo dulu naa..


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.



Monday, February 12, 2018

BONDING TIME WITH ANAK2 MENAKAN @MYTOWN CHERAS...

No comments :

Assalamualaikum.


Weekend baru ni, i spent time kat rumah mak.
Dari ari Jumaat, balik keje terus shoot p umah mak.
Pagi sabtu tu tuang kelas haji.. sbb topik mggu ni pasal 'Keizinan Suami'.
So insyaallah tak berapa kena mengena sbb sah2 suami i izin..gitoo pemikiran org nak monteng.
mmg ada jeeeeee akalnya.miahahha.
Masa lunch rehat panjang, i dgn kwn2 opis p Sunway Putra Mall.

I beli siap2 Krispy Kreme doughnut.
I mmg suka gila sugar glaze donut dia..sangat sedap!
tayah beriya choclate filling bagai, ye...i dah kertu!
So beli empire sushi juga..semua i tapau nak bawa balik umah mak.
Kol 4.30pm masa suami mai fetch, ek eh mentayam dobok ciknyah ada ikut lah!
happy nya ciknyah kau! kau requested nak remain duduk depan pun ciknyah kau redho je.
duduklah gergasi pempuan ni kat belakang soang2.
punya lahh sayang ... apa2 je kau nak ciknyah bagi. spoilt btoi! huhu
So, spent time dgn family mmg sangat heaven ye! 
tujuan utama sbnrnya sbb pokcu nak balik UTM sabtu pagi tu...
saja nak jmpe dia, nak salam2 'hulur' sket...
Then lepas pokcu balik JB, kami ajak budak2 ni jalan2.
Igt nak g dekat2 je..k4 ke apa.. sbb ciktam nak renew driving license..
last2 lajak sampai ke Mytown. sbb ciknyah kou dah rindu sama kyochon. huhu.
Makanya, berburuk-buruk lah kami semua ke mytown dgn baju duk umah tu.
hahhahhaha. eh lantakkan situ, igt org nak perati kau soang??
janji jgn minta duit orang ken??

:: kalau duduk makan, opkos ciknyah menjadi rebutan ramaiii nak duduk sebelah...huhu.. ::

:: budak domok 2 ketul ::

:: abam paseghah duk sebelah ciktam. ciktam kemain buruk lagiiii baju duk umah betul dia pakai. hahhahha. ::

:: abam takleh tahan, pindah duk sebelah mak! dahhh terpaksa laki mak duk sebalah ciktam. sonok sangat agaknya mengimpit ciknyah kouorang yg berbabat tebal ni kannnn . huhu ::

:: honey drumette +  wingette. yg ni terpaling fav among us.. order yg 8pcs, sekelip mata leeenchenn. ::

:: soy n garlic... pon amek yg wingette and drumette.. kali ni kemain terlebih kicapnyaaaa... so kami semua referred honey jg. sebab honey tu crunchy gilerr kowt! happy i tgk budak2 tu makan beriya. haa, kan ciknyah kata dah...sodap! lepas ni masak la bapak diorang tiap kali makan ayam goreng, kena p kyochon. dah tak pandang kfc2 ni semer.. huhu.. ::

:: ni combo set..pun amek jg.. dalam combo set ada 3 flavours ... honey, garlic soy n sauce and red pepper.. yg red pepper tu ciktam je layan.. i mmg kureng sket.. ::

:: ajar depa pakai glove..dah makan, tetap nak cari sinki basuh tangan.. hahahhah..::

:: dah selesai makan kyochon, jom jalan2... mula2 biar diorang main kat playground tengah2 between mytown n ikea tu..tapi being budak2 ni yg tak reti sgt nak berebut2 main, last2 diorang bored..pastu pow ciknyah sekerim rupa ini.. ::

:: jipangi ke apa tah nama dia. korean product jg... dulu penah viral sbb rupa beliau yg 'something' ni. tapi takpela budak2 yg makan...takde la obvious sangat ketidaksenonohan nya .huhu. kemain nak RM10 sebatang... budak2 ni kata sedap... cone dia tu mcm keropok jagung manis ::

:: pastu masuk parkson, tershopping handbag dgn kasut piula..opss! pastu ciktam cete mak ngecek handbag  kat pokde... i plak pantang dengarrrrrr..rasa alahaii..hbag kat umah I punya bergayut2 jadi pameran, tetap nak beli baru kan?beli lah kat mak satu. rasa baru bln 9 ke 10 tahun lepas i belikan dia satu..takpe2, apadahal..mak pnya pasal. cuma takleh la nak caras I kemain ferragamo, prada bagai ye mak...i carlo rino(cth), mak pun mesti carlo rino jg. hahaha. *pendengki*. pastu nampak beca ni terus rehat jap.. tgk paper bag 4 terus! hahhahahha. ni namanya economic planning! huhu::

:: lepastu ciktam plak nak buat spek baru....... moh la kita, p MOG... 20mins je siap... amekaw..dah nak sama..hehhehe. ::

:: Ciktam bz check mata, haku sebok menerai dari hujung sana sampai  hujung sinunnn! ikut hati nak je grab 1...alaa murrr murrr jee..bawah rm300 je kau! siap lense! tapi bawa2 la astarafar.. spek i ada 4 ketul kat umah.. nak pakai kat mana lagi pun tak tau! hahahha dush2..::

Alhamdulillah sampai nak masuk asar, baru kami pulang.
Budak2 nak cari stationery pun i dah tak larat nak seret kaki cari kedai buku.
Lain kali ye sayang2 ciknyah...

Ahad nya balik dari umah mak awal...
buat laundry n kemas2 rumah ..
pastu projek khatam serial drama yg i recorded.
specially Naagin. hahahah, tak abis2!!! huhu.
petang2 beli mcm2 buah... pastu masuk dalam freezer.
kasi beku .. pastu makan..perkhhhh...

:: dah mcm ice cream temikai jadinya!! cicah dgn asam boi pokcu 916.. va va va va::

Ok la...talk later...


.: NO HATE JUST 💋 LOVE :.



Thursday, February 08, 2018

TUKAR FLOOR BOARD FROM FLOOR DEPOT..

4 comments :

Assalamualaikum.

Tak salah i dalam bulan Nov last year, i dgn husband ada pi home depoh exhibition kat Bkt Jalil.
Mmg kami jarang miss the exhibition kat sana.
Dari mula nak masuk rumah baru, mmg kebanyakan perabot, barang letrik beli kat sana.
Syokkkk sbb harga boleh tahan menusuk sukma..
plus, dapat mcm2 gift. Ongpempuan opkos la mmg mcmni.
Sanggup beli colgate semata2 nak mangkuk. kan kan kan?? 
Masa pi aritu, mula2 aim nak cari pintu. Nak tukar pintu baru.
Pintu yg developer pasang ni bila angin kuat dia jadi begegar..
dah mcm orang ketuk pun ye. tak ke serrramm mcmtu?
pastu dah masuk je dlm tu, hapahh pintu kemana apa ke mana.
lainn yg haku buat! hahaha. 
1st and foremost, i fikir byk kali tau before nak up entry ni.
Rasa mcm show-off sangat ke??
padahal sendu je pun! tapiiii i soookaa sgt kalau baca blogger up pasal rumah diorang.
so i pun beranggapan ada kot reader yg suka nak share.
deep inside, i sedar sgt..tak sepertinyaa lgsg pun benda2 mcmni..
takat pasang floor board je kan???
rumah korang dari zaman jepun dlu dah siap pasang floor board mcmni kot2 kan?
i baru laa ni nak rasa...tu pun abis kirai2 kain cari duit.. hehehe.
makanya marilah kita berlapang dada..
kot ada yg sudi nak komen, bagi i more idea ke...
so pisnowo k!

Bismillah..

:: masa org floor board ni datang nak install, i keje. sat2 i call suami. hhahaha. nebes lain maciam!!! ::

:: before install semua ni, ada site visit by their supervisor. Bincang warna, and ukur. Then terus transfer balance, later baru diorang set appointment to install... ::

:: i amek ni jenis floor board 3D..dia ada byk jenis la..dari 1D sampai ke bapa D tah. lagi byk D dia, lagi mahal wooo. mampu tang 3D jaaa... org tu kata 2D pun dah ok.. tapi 3D effect dia lawo lah lagi..  So, floor board ni pasang dia xyah gam2.. dia alas plastic mcmni dulu.::

:: pastu dia main ketuk2 je the board... tadek melibatkan gam ke..cuma skirting tepi2 wall tu je gam sikit... yg satu lagi pesen bergam2 tu nama dia Vinyl. hat tu ala2 mcm tikar getah tapi tebal sket. yg tu cheaper than floor board.cuma i tak berani, takut rosak..so jadi stress plak nak maintain. ::

:: ni kaler yg kami pilih. mcm2 aspect kena consider.. warna perabut, wall paint, konsep. rabun jg mata..sat i rasa mcm darker lagi lawo. sat rasa malap plak... so end-up kaler ni je la.. oh lupa nak kabor..ketebalan board tu ada beza2.. ada yg 4mm, ada yg 8mm, 12mm.. suami i amek yg 12mm, tebal sikit.. almaklomla..ada gergasi pempuan duk kat umah ni.. takut retak ke bang?? huh! ::

:: since rumah dah 'berduduk' barang2 kena alih sndiri. if not ada charge to remove2 barang. tapi sebab i close bill time exhibiton semua i dapat FOC.. nak alih barang caj dalam RM200 juga tu! Pastu upah potong pintu pun FOC.. kalau lantai dah jadi tinggi sket, so pintu kena potong sket la..if not sangkut lah kan?? ::

:: i kat opis dah mcm kera kena belacan, debar2 tggu hasil. over kennn! hahahahha ::

:: sikit lagi,sikit lagi.. huhu::

:: way to dry kitchen. kamera suami i kemain nak pecah2 n pucat2 kaler dia... mmg prob dah kamera hphone suami mak tu! :: 

:: tangga pun i gatal minta pasang for vertical je.. tak nak coat whole step tu.. kat tangga ni la labor charge dia mahal sikit..sbb susah nak pasang and nak potong board tu.. ::

:: dan..hasilnyaaaaaa....::

:: hehehhe. jadi lahhh dah mcm wooden concept rumah comel kami..::

:: sofa tembun tu takleh buat apa lah... kemain agam tersergam dia kat living hall. masa beli dulu, tak fikir sangat..janji selesa, nak baring empuk..selesai. sofa ni tempah masa kat bkt jalil exhibition past2 year dulu jg. ikut hati I, i preferred fabric sofa..tapi suami i lagi suka yg full leather mcmni. tahan lasak. tak renyah nak jaga. so skrang sapa pnya duit bawa kluar beli sofa?? dia kan?? makna nya???  R E D H A je laa..hehehe::

:: meja makan tetamu. Quran dgn sejadah tu mmg taleh alih. nak kena titik tangan?? ::

:: snap dari tangga. rumah i ni kecik je.. buka pun kecik je setakat 20x70" SAHAJA je... tp cukup syukur Alhamdulillah sangat dah..tinggal pun berdua. Bilik atas 2 kosong. anak2 pun balik sekali sekala.diorang stay kat kondo suami kat cheras sana..diorang tanak duk kajang, dia kata jauh nau2... lagipon budak2 tu lagi suka stay kondo mcmtu...ada swimming pool, gym and mcm2 facilities lain... makanya kami berdua je la..::

:: tu meja makan i yg i sangat2 rasa nak let go... hahahha. i nak cari meja makan 4 seated je. sbb i berdua je kan? kalau tetamu ramai, makan je kat meja makan kat hall tadi.. tapi kayu dia mmg kayu utuh... suami i bagi jelingan naagin je setiap kali i suarakan hasrat nak tereban kan meja ni. dapat small dining table, white colour lagiiii merecik kennn?? ::

:: FM dah nak sampai bawah esbok... yeayy.... ::

:: staircase ni, i verangan nak tukar tempered glass plak. tapiii...i try2 rikki..paling murrrr pun rm9k ye anak2! bapa tawun lagi plak i nak p main kutu nehh?? hmm ::

:: wing chair ni je la baru, serentak dgn floor board ni.. beli kat furniture world kat highway sg besi sana.. i jadi kecelaruan sket nak beli wing chair mcmna.. hajat I nak yg lain...tp ni je yg tercapai... syukur je la kot kan??::

:: its comes together with the stool... material dia elok..jahitan pun kemas.. meja putih sblh stool tu tempat charger hphone/gadget kami. sbb tu saja letak stool kat situ, senang  nak baca2 whatsapp sambil charge. black box tu air purifier.. pintu stor and pemegang tangga tu nak cat putih.. tggu datang mood nak raya sok.. ::

:: finally mcmni laa my living room look alike.. snap from pintu masuk.. tak luas mana pun hall kami... kami pasang floor board tu setakat living room sekali dgn dining hall sahaja. tempat lain, kena tambah tabungan.. krik krik krik..::

Floor board sekarang tak mcm parquet dulu2...
Board skrang, diorang dah buang 'sugar' dlm kayu and inject ubat anti creep. 
tuk elak kena makan dgn anai2.
And i advice, kalau u all nak pasang..elok la deal dgn kedai yg elok2; well known.
benda2 mcmni nak pakai lama..mahal sikit, kena tahan la sikit ye dak?
Janji hasil puas hati... 
Cara nak jaga dia pun tak renyah sangat.
As long as cuba sedaya upaya elakkan dari basah..
tayah rajin2 nak mop selalu. cukup vacuum or sapu.
then kalau ada tumpahan makanan/minuman cepat2 lap dgn tissue.
kalau nak lap jg sekali-sekala, lap dgn air lemon or white vinegar. 
and tayah la ramah sgt dok heret2 kusi meja kuat2, konon beli floor board mahal...
kayu tetap sifat dia kayu. 
Mana2 barang pun kalau berkasar sangat, mmg nahas la akibatnya kan?
dah sebulan jg kami pasang, setakat ni mmg best, tak sejuk kaki..
mak ayah datang senang tayah pakai slipper dalam rumah... 
senang nak handle..takde la sikit2 nampak habuk,rambut.
tuk mild OCD mcm I ni hellokk sangat la..
tadek la sekejap2 kang amek penyapu.. letttihhh!!!

Ada sket lagi cita2 i selain dari nak tukar tempered glass kat tangga.
projek deco version 2.0 plak. tungguuuuu...huhu
kalau nak ikut rumah kawan2 lain dalam group deko2 tu mmg tertelan2 ailio ..
jauhhh sangat i nak kejar ! 
kadang tgk rumah diorang sampai ketap2 bibir, sebab gerammm! lawoo sangat!
tapi kita ukur lah baju badan sendiri.
takat mampu mcmni, alhamdulillah sangat dah.
Nak banding dgn orang atas2 dari kita, mmg kita akan rasa down. merudum!
so jadi  diri kita sndiri jela.. 
tayah nak terikut2 orang sangat....
tang amal ibadah tu ..hat tu elok la contohi para2 ulama, ahli2 ibadah yg hebat2..
harta dunia mcmni, kita dapat pnjam sementara je... kan?

So, Suzie.. dah update ok..sementara ep down ni haa...
special entry tuk hang neh! huhu.
entry ni tak tau tahan sampai bila.
i rasa mcm nak private kan sok, i draft kan je balik.
tak sedap hati jg sbnrnyaaa nak tepek entry mcmni..
huaaaaa..

.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.